Memaparkan catatan dengan label iron jaw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iron jaw. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Disember 2011

round and round

we are all in the same game
just different levels
dealing with the same hell
just different devils


.nicenotynel.

Sabtu, 22 Oktober 2011

lain cerita, lain hero


Hidup. milik kita sendiri. tak ada siapa yang boleh mengubah melainkan diri sendiri. kau tak boleh senang senang cakap kau takut sejarah aku berulang dan kau bertindak hero. itu khayalan kau. apa motif kau?

hidup ni banyak naik turunnya. ada masa kita harap kita bertahan dalam momen tapi hakikatnya kita terpaksa keluar dari zon selamat yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi. buat silap, belajar dari kesilapan. dalam masa ini, kita belajar untuk survive, ke depan, lebih maju orang kata. jangan disebabkan kau di belakang, hendak tarik aku daripada ke depan. celaka namanya.

kita hero dalam cerita kita sendiri.
.nicenotynel.

Khamis, 15 September 2011


jangan ikat diri kau dengan kata kata
aku cuba bebaskan kau dari ikatan kata kata
sebab aku tahu apa rasanya bila terikat dengan kata kata
lemas, rimas, tak bebas

#untuk kau yang dipanggil 'aku', dari aku dipanggil 'dy'

.nicenotynel.

Jumaat, 2 September 2011

bloody blondy


bumi makin tua. hidup pun dah lama. cuma antara sedar tak sedar nak berubah.

tak guna berlagak kalau semuanya fake. mana value diri.

#decent haprak. menganiaya orang separuh/hampir hujng nyawa pastu pura pura diri teraniaya.

#berat badan sebab hutang. boleh lupa mana datang sumber pinjam. bila pulak dimintak halal.

#rembat barang diam diam. slumber pakai depan tuan empunya.

#sembang kencang. buat tak ingat rumors smalam. main pusing kata kalah filem tamil.

#buat dajal bajet tak kena. tapi tak ingat ke anak beranak kan ada. tunggu masa je.

baik baik. even blood ticker than water. manusia tetap manusia.
bukan tak sedar, masing masing tahu tapi buat tak nampak.
kalau tak berat sangat jadi baik, brlaku baik untuk sorang pun jadi lah.

tapi kau? langsung tak.


.nicenotynel.

Ahad, 31 Julai 2011

understand



.nicenotynel.

Jumaat, 17 Jun 2011

talk to the moon

cakap banyak pun tada gunalah. bikin panas sana sini. bikin api marak dalam hati. 


bila orang dalam posisi senang dan stabil, senang senang nak templak orang lain. kutuk kekurangan orang lain. suka suka tolak orang lain pergi sana pergi sini. itu sebab orang alpa.


bila masanya susah hati susah idup baru nak sebuk gitu gini. kau lupa apa kau dah cakap sebelum ni. masa tu lah kau berkira kenapa aku macam ni aku macam tu. yknow what, kau cakap dengan aku sama macam u pointing your finger to the mirror. everything turn back to you.



i'd rather talk to the moon 





.nicenotynel.

Isnin, 13 Jun 2011

aku tak ada hal



satu dua tiga minggu ni life aku happier. adik adik makin dipam-pam kasih sayang. makin sihat dan penuh kasih sayang. yup aku rarely keluar dengan member sekarang. boleh kira dengan jari. so aku banyak spend time dengan parent. 




macam biasa bila member comunicate dengan member-style bahasa tak kan sama. gwa lo. sy awk. kite kau. aku kau. kau tak kat mencarut banyak bila kat rumah. lagi lagi kau ada adik yang tengah belajar. takut adik kau ikot apa kau mencarut. bahaya.




even kau tak keluar rumah, kau still sembang dengan member. facebook, blog, tumblr, yahoo, texting. masih dengar gosip mengalahkan melodi. masih layan luahan hati sahabat. masih berjejak kasih bila approve friend request. jadi jalan cerita masih tak berhenti. bercabang cabang jaringan. unless ko off semua. memang kau terperuk kat rumah.




so apa aku nak cakap kat sini, you are not alone. 
bila boring, chat la dengan member kau. bila tengah syahdu, layan la movie. agak agak tak jumpa, ajak la member kau makan makan. sekali sekala belanja makan tak pe bai. tapi kalau member kau belasah 2679765234565 kena belanja makan, baik ajak aku makan. ok acah mak enon jek, tapi kalau betol apa salahnya. ha ha ha


tapi satu je aku mintak, kalau kau problem tolong la jangan tolak kat orang. ***** namanya. kalau kau problem cari solution. tak payah psycho orang yang problem. kesian. hidup kena aman.

k, aku out dulu.  salam. 

.nicenotynel.

Ahad, 29 Mei 2011

boom | unexpected routine

perghhh! apa aku dah buat ni

ini bukan dirancang. asal tetibe jak rutin aku jadik macam nih. hehhh



       | pagi pagi nescafe + creamer
       | basuh baju, sidai baju, angkat baju
       | basuhh pinggan, kotokkan pinggan, basuh balik pinggan
       | bukak laptop, lamaaaaaa mengadap, tutup laptop balik
       | vroomm vroom hantar adik pastu ambik adik kat skolaa
       | tengok NCIS, HAWAII, BONES, GLEE, etc etc etc etc
       | pergi kedai balik kedai
       | dress lawa lawa pergi kenduri, dah kenyang, balikk






aah sudah...
jauh sangat dari apa ysng dirancang.

HEY JUNE, be nice with me.

.nicenotynel.

Jumaat, 22 April 2011

uncool scool

seems like mak pun dah ok. keluar wad dengan penuh excited. siap beli kasut baru. macam reward untuk diri sendiri. cool. abah pun dah boleh kerja macam biasa tapi dia balik awal sikit. the kids pun dah pergi skola.
mok, ko cool je kerja. no worry. semua settle.

hari rabu ialah hari kokurikulum. jadi waktu sekolah dipanjangkan ke petang. gap untuk tengah hari adalah setengah jam. OK bongok. apa pasal aku cakap bongok.
  • sebab sistem macam gampang. mana cukup nak rehat setengah jam. sedangkan budak darjah 6 ada kelas sampai pukul 2. ko-ku start pukul 2. darjah 4&5 mungkin sempat. MUNGKIN. sebab apa. aku tunggu dari 130ptg tapi adik aku tak keluar lagi. dah dekat pukul 2 baru nampak batang hidung budak ni, alasan lambat? ada perjumpaan AJK. ok aku tahu adik aku excited jadi ajk, ada la sikit sikap leadership. kata ada ko-ku, tak kan nk wat perjumpaan lagi? kenapa tak tunggu masa koku? atau penghujung waktu koku?
  • makanan kat kantin tak ada hidangan makanan berat untuk tengah hari. what the eff. macam mana perut budak budak ni tahan sampai ke petang. dengan apa? janjan? air kordial? macam ni dikatakan makanan seimbang di kawasan sekolah? bapak bawak dan makan bersama anak adalah sangat macho. but parent hantar bibik temankan anak makan? NO NO please. tapi macam mana kanak kanak yang parent dia tak datang jenguk? yang tak dapat datang sebab work place jauh dari sekolah?

aku rasa sekolah ni tak tak pantau habis habisan impak yang ada. cikgu hanya tahu murid buat salah, tengking. murid belasah murid, jerit.  come on, aku belom jadi mak lagi. tahu aku hanya babysit adik aku je kot. tengok sekolah punya sistem tunggang terbalik, boleh jadi murid jadi haru biru.

disebabkan aku tak ada kereta, jadi aku terpaksa jalan kaki beli makanan kat kedai shaima untuk adik-adik tengah hari terik terbakar kulit. tapi bila ditunggu tunggu, adik2 aku keluar lambat. makan macam rapid. serious aku terkejut cara dorang makan.

aku sarankan sekolah wat koku pukul 3 lah. at least boleh solat zohor kat surau dulu. sempat beli makanan kat luar paling kurang. kalau tak pun, wat koku hari sabtu, bagi yang pergi sekolah agama,tak terganggu jadualnya. makanan kat kantin patut ada makanan berat. nasi lemak, bihun, atau makanan berlauk. ini tak. keropok lekor, air kordial. cukup ke nak bersukan masa koku? ai seh man. pengetua, tak kan fokus pada bajet peruntukan sekolah saja.

k bye


.nicenotynel.

Rabu, 13 April 2011

buat la yang mana patut

yang mana memberi, ikhlaskan
yang dikotorkan, sila bersihkan lah
yang mana guna, mohon la dulu
yang salah, betulkan
yang over, agak agak la
yang disampaikan, sebarkan
yang terima, terima kasih lah
yang salah, betulkan
yang rosak, repairkan

yang mana patut, buat laa.











.nicenotynel.

Khamis, 24 Mac 2011

ada otak

dalam sukma nafas sesak
mencari konklusi
melayang minda hilang entah ke mana

bagai dirobek habis daging yang ada
ditumbuk tumbuk dada sendiri

argh! hilang sabar hati sendiri

hanyut dengan persoalan
terawang awang dengan mimpi
beribu kali tanya
'K e n a p a ?!'

tentang apa dalam diri
hebat sangatkah?
bagai orang kedua mencaci maki
bitch menyalak memberontak

tapi kuat lagi diri pertama
senyum jadi perisai rasional


otak boleh pakai lagi kan?

.nicenotynel.

Ahad, 20 Mac 2011

roda

hidup macam roda. ada turun, ada naik. 

bila masa tengah naik, semua orang suka, semua orang dekat. 
sedap je bontot duduk kat atas.

bila jatuh, berapa sangat orang dekat sebelah kau? 
tak payah ukur jarak. 
berapa sangat rasa dekat di hati mereka? itu persoalannya(!)

lepak dengan orang waktu senang, semua cakap lebat. 
cuba ajak lepak masa tengah darurat. 
boley p ka dak? 

habaq mai.




.nicenotynel.

Isnin, 21 Februari 2011

berikan saja apa yang dia mahu

.nicenotynel.


pernah dulu
beri, beri dan beri
sampai kering jasad memberi
tak peduli walau hampir hilang separuh dari jiwa

untuk balasan, jangan harapkan
tamatkan cerita
noktah


dan bila masa tiba untuk menerima
terima, terima dan terus menerima
makin gebu jasad
makin sihat emosi

sayangnya, tak ada apa yang perlu dibangga

bila orang lain mula pecah dada amarah


ambil, ambil, ambillah
apa saja yang dia perlukan
jangan hiraukan jasad ini

masih bernafas
ada otak
lebih rasional dari emosi

ada lagi daya
tulang empat kerat ini
walau salah satunya pernah pecah

**kuatkan iman-tegarkan sabar

Jumaat, 4 Februari 2011

go Mark !

.nicenotynel.


aku sangat suka tenggelam dalam air. terapung bebas atas permukaan air. 
daripada berjalan atas konkrit && lihat struktur bangunan yang sama, KLCC. 
air terjun lagi sejukkkk daripada air cond.
cahaya matahari lagi cantikkk daripada cahaya neon

kesempurnaan bukan segala galanya cantik. adakala fake
sama seperti pakai bedak.



dont get mad. im just well taken care of.

aku tak berapa suka (ulangi::) pakai bedak sebab
aku rasa macam piring pizza melekat kat muka.+.+
 go-Mak go!

 peace !

Ahad, 23 Januari 2011

note this

.nicenotynel.



break me down with your actions
break me down with your words
i dont give a damn


p/s: i ticked all

Ahad, 16 Januari 2011

Kau Perempuan

Terletak hasrat.
Terpasang niat.
Mahu saja jadi pemberi.
Suara si fitrah manusia;
KAU TAK LAYAK
Itu bukan tanggungjawab kau

Kau Perempuan
Kau penerima 

.nicenotynel.

Selasa, 28 Disember 2010

hari ini 28

.nicenotynel.



25.
dimana mahu habiskan masa? dirumah menghadap tv sambil makan ice cream sendiri?atau ikut adik berhibur di funfair shah alam? kedua dua bliss. kedua dua tempting. tapi kedua dua pun %^&*. paksa rela pergi. itu pun sebab maam besar suruh. atas dasar t/jwb jaga adik. tapi maam besar tak tahu apa anak dia rasa. atau alasan kenapa anak dia tak nak. sebab maam besar tak tanye. yang maam besar nampak anak dia banyak diam bila kat sana. adik punye pasal kakak tak kesah.


26.
Christmas eve setahun sekali. lepak dengan bestie setahun sekali. alang alang shopping cardigan sama. masing masing lempar cerita dan idea setahun punye cerita. berjela jela. tapi satu je tak berubah, title indie women. btw thanks post lagu Piece - Sum 41 . Lagu sentimental. janji kita jumpa lagi tahun depan.




27.
ke tempat yang sama. tak sangka. hati dah tak rasa apa apa. bila dah macam macam berlaku, kau dah macam hilang sence, hilang perasaan. nothing. buat je apa yang patut. janji beres. fisiotherapi ni memenatkan. melaparkan. menggigil kaki. hah! tunggu MRI scan pulak next month.


kali ini tiada gambar dalam Agenda.fullstop.

Selasa, 14 Disember 2010

terjun


terjun ke dalam air
dari tempat tinggi
mungkin lebih indah rasanya

siapa tahu



Jumaat, 10 Disember 2010

tolong jawap..

.nicenotynel.

selamat hujung minggu. hari ni aku nak citer pasal bende lain. kalau terasa jangan ambik hati sangat. kalau tak pun, kau bayangkan saja rasanya.




hari ni agak kelam bagi kau. bangun pagi pun malas malas. dah celik tapi still nak golek golek dengan selimut. nak tutup muka dengan bantal. macam nak jerit kuat kuat. cuba tidur tapi kau still terbayang bayang amarah kau kat orang yang kau tak puas hati tu. sehabis boleh kau nak je lari depan orang tu dan maki depan depan. paling best tampar sekuat hati. baru puas hati. yang pedihnya, semua tu luar kawalan kau sebab orang yang kau sakit hati tu tak ada depan kau. kalau tak mesti kau dah...

kau tengah PMS. semestinya mood kau tengah swing. baran kau pun boleh tahan.
kau chill macam mana pun tapi kalau tercuit sikit pun boleh melenting.
tiba tiba kau tengah problem dengan orang yang rapat dengan kau. secara tak sengaja kau catfight besar dengan orang yang rapat dengan kau. bOom boOm boOom!!! segala galanya boom!

kau puas hati sebab kau tahu orang tu yang salah dan kau fikir kau yang betol. kau pun sebenarnya terlepas geram kau pada orang yang tak sepatutnya. walaupun kau tahu orang tu salah tapi bukan macam tu nak settle problem.

so aku nak tanya, rasanyalah kan, adakah PMS ni buat kau bertambah baran? atau kau ada jawapan lain?

Khamis, 9 Disember 2010

result dah kua beb !

.nicenotynel.

ingatkan esok. dah terbayang bayang esok server pasti sebok. berdasarkan experience lepas, confirm tak boleh bukak sampai malam. TAPI DAPAT TAU HARI NI LA PULAK GAMAKNYA..

LU
LU
LU
LU
LU
LU

Alhamdulillah semuanya lulus. tak ada gagal.
da termimpi gagal 1 subject pun dah mengerunkan
semester ni paling mencabar mental dan emosional.
mana taknya, kalau bukan sebab kejadian

  • lambat 3 minggu masuk kelas I N I,  
  • lama tak mentelaah I N I
  • kejadian puasa yang BLAH3x I N I ,
  • kena maki dalam kelas I N I, 
  • tak sempat study sebab I N I


PAPE pon Good Luck Guys!
sape yang tak buat SuFo, padan-muke-diri-sendiri.
dah pesan tapi x buat gak.
kan kena gantung result exam. 

AKU RINDU KORG LA CLASSMATE !!!