Isnin, 11 Februari 2013

February 13



teleng kanan. teleng kiri. lama sangat tak senyaman waktu gini. santai mengadap laptop biar skrin pun mula berkaler hijau pink tak tentu pasal. gadget lama yang takpernah nak dibaiki. hanya tunggu ajalnya nak mampos. switch on. apa mahu buka pada petang gini. direnggangkan jari jemari. ditenung lama lama pada monitor yang tak stabil warnanya. rutinnya kini masakan lama tidak mengintai blog sendiri. terlupa sendiri mana mahu dicari papan muka, mana tahu ditekan laman sendiri. aish. lupa langsung. itulah akibatnya bila terlalu biasa dengan smartphone. sampaikan skrin laptop pun dimahukan zoom dengan jari jemari. aish, sekali lagi. izzati, ini bukan tablet (ingatkan diri sendiri).





February 2013. cepat sungguh. jasad ini baru saja merasakan Krismas itu minggu lalu. sedangkan sudah berminggu sudah. Lalai atau leka? mungkin sakai. haha.




terduduk ceruk di belakang pintu. sandarkan tulang belakang pada dinding sambil laptop di riba.

masih terasa ada yang masih belum langsai.
masih terasa ada yang belum selesai.
*mood berfikir panjang.......



dalam tahun 2013
apa yang mahu diganti?
apa yang lebih bermakna untuk dicapai?
apa yang mahu diperbaiki?








moga yang
cantik, makin cantik
terkurang, diberi lebih perhatian
tak pernah, diberi peluang
tak mampu, dilebihkan usaha

amin.




Tiada ulasan: