Ahad, 31 Julai 2011

a taste of living in kampung

kali ni cuti yang paling panjang between semester. tapi untuk bulan 7, cuti paling busy aku rasa. rasanya lah. pertengahan bulan 7, aku turun utara dengan 3 orang yang lain.

pada awalnya misi lebih kepada "Ini Serius", lama kelamaan lebih kepada  
"Oh Syoknye Cuti Di Kampung Orang".



niatnye nak buat project paper lebih awal secara geng. supaya senang jumpa advisor, adakan consultation, dan kongsi ilmu. kan lebih baik manfaatkan banyak kepala, dari guna satu kepala saja. kan?


Sg Bakap. Penang
ada satu fasa masa, semua orang terpaksa balik, tapi rumah aku paling jauh. jadi, benda tak dirancang, aku ikut Pa'in balik kampung dia. first time ke Sg Bakap. BEST balik rumah pain. family dia meriah. mandi air telaga. dan perut memang takkan lapar. mak Pain masakkan tempek, kat sini orang panggil lempeng. Pain, thanks bawak aku pergi ronda ronda naik motor, sehari boleh ronda 3 negeri. dari penang ke kedah ke perak.

pasar malam sg bakap
ais krim magik


Mata Ayer , Perlis
kalau bukan sebab blackout, mesti tak sampai sini. kali ni stay kat rumah tok. borak borak dengan tok dari siang sampai malam. konon nak stay sekejap, tapi terlajak 3 hari. masa yang sama sempat gak wat kerja kat rumah tok. kletak kletuk gak jari buat Literature Review. the best part bila stay sini, kami masak ramai ramai, kami makan ramai ramai. tambahan masa tu musim durian dan moktan (rambutan). memang penuh la perut.




that was my first time wearing baju cotton kedah. tok bagi pinjam. agak selesa. jangan gelak kn aku bila aku excited jumpa bendang. kat KL tak ada bende ni. kampung aku pun tak ada bendang. +.+''
lepas 3 hari 2 malam tinggal sana, kami balik ke rumah sewa. esok jumpa advisor lagi.

kak shida, tuan rumah sewa kami. seronok bila borak borak dengan dia. tak ada gaya macam orang dah kawin punya anak 2. sporting habis. even sibuk dengan kerja tapi dia mesti ada waktu lapang. walau tak kenal lama tapi dah ajak baik kampung dia. syok woh. ko penah tengok citer CUN? kat situ la kampung dia.


Selarung,Alor setar, Kedah
kat sini betul betul suasana kampung. rumah betol betol kat tengah tengah petak sawah. 'asalnya ada 5 petak, pastu dibahagi 2. sorang dapat 2.5 petak. 1 petak dibuat rumah, tinggal la 1.5 petak sawah'-mak andak cerita. apa yang best kat sini, rumah kampung. bukak tingkap dapur, dah nampak sawah padi. keluar rumah je, nampak Gunung Keriang. rumah sedara mara kak shida dekat dekat. nak makan, pergi umah mak anjang. kalau nak mandi pergi umah mak andak. macam tu la andaiannya.
sempat belajar buat dadih! yum yum!
depan saya
belakang saya

waktu ni pukul 7 lebih kalau tak silap. pagi pagi lagi dah ke bendang. nampak embun pagi. masing masing syok sendiri bila lalu kat tengah bendang. CUN weh. padi tengah menghijau. kak shida bercerita pasal family dia, pasal kampung dia. tapi satu je aku tak nampak, kerbau! 

selalunya aku tengok kat TV je, tapi hari tu aku rasa Ini-Baru-Real. pergi ke kampung orang, masak masak. berlari lari kat bendang, makan durian dengan pulut dan santan, pergi pesta tengok M Daud Kilau di pekan, malam malam tengok orang bersilat. orang kata, ini la pengalaman yang tak mungkin kau dapat bila balik rumah. eh terharu =')

 inilah percutian tebaik. tak dirancang tapi syok noh.
penutup bulan tujuh.penuh bermakna 2 minggu di utara.
penutup segala cuti semester. lepas ni dah tak ada istilah cuti semester.
esok mula berpraktikum.

salam


.nicenotynel.

4 ulasan:

i.k.o berkata...

waaaaaaa syiok nye!
derr ko prac bpe lme?

izzati neL berkata...

aku prac mule ri ni. smpai disember bai..

perjalanan bru nk on. kau per cer?

mizzbutterfly berkata...

nak sgt g sawah...lalu kat sawah...

izzati neL berkata...

mai lah,,