penulisan kosong ini diisukan. kalut.
penulisan ini hanya perjalanan jari ke keyboard yang kadang kadang spontan datang dari 3 penjuru.
ada kala tak sempat dibacakan semula. terkasar bahasa. terbabas rasa. bila penulisan sendiri jadi bacaan umum, seperkara kononnya ada peringatan : jaga hati orang. tapi bukan ini milik tuan punya blog. umpama rumah sendiri di tanah sendiri. kenapa perlu fikir orang depan belakang kiri mahupun kanan?
oh hati adalah fragile. mudah tertusuk ke kalbu.
penulisan yang kadang kala kering. tak tertambat pun minat orang untuk bacaan. tak ada minat, bukan obsesiti. entah merapu untuk difahamkan. ok tolak tepi kalau muak. jangan pandang kalau tak sudi. blah kalau tak kesah. gua tak ada hal.
tak lupa, terima kasih menegur mana yang salah.
tindak tanduk kita, bual bicara kita datang dari kalbu, akal dan nafsu. jelas.
aku menulis perlukan soul. soul ini buat aku pantas menggerakkan jari dari satu perkataan ke perkataan. ayat ke ayat. perenggan ke perenggan. noktah. senyum.
kalau tanpa soul tak akan ada penulisan yang kau baca sekarang. aku admit kadang kadang ayatnya brutal diikutkan sangat nafsu/akal. adakala kau sendiri tergelak sendiri apa yang kau baca. kemudian ceritakan padaku semula. aku segan weh.
aku tahu, aku manusia. masih ada khilaf sana sini. sekurang kurangnya aku bukan manusia yang plastik hatinya. tanpa perasaan. pernah juga harapkannya suatu ketika ada perasaan yang tak mampu tertanggung. tapi tak mungkin berlaku. hanya mampu buat hal sendiri.
penulisan yang datang dari hati. boleh terbuai sendiri bila mood datang tiba tiba. berhelai helai aku boleh catitkan. berbuku buku aku kumpulkan aku rasa. tak cukup dengan itu apa yang dipanggil kertas aku boleh kias sikit sikit. ayat yang spontan tak pernah aku sendiri dengar. asalkan dari hati.
selalunya bila datang dari jiwa, penulisan boleh jadi terlalu jujur. bukan takat penulisan, sebutan, perbuatan. air muka. kadang kadang bila terlalu jujur orang kata kau kejam, jahat. semuanya kerana jujur. jujur yang jahat? habis yang diam diam tu baik? totally hypocrite. tapi tak buat macam mana, itu yang orang suka.
bila akal terlalu penat berfikir akan rutin harian, hati pun mahu bicara. bicara yang kadang kadang mahu dikongsi. kadang kadang diletak saja saja. kadang kadang spontan dan tak ada niat pun. hati bukannya boleh simpan semuanya sendiri. kalau tak duduk dibawa bincang antara jasad dengan jasad, manakan lagi?
penat jiwa lebih teruk dari penat badan.
mati jiwa lebih seksa dari mati jasad
tolak tittle. tolak label. tolak auta.
tamat untuk hari\ kali ini.
.nicenotynel.
2 ulasan:
huhuhu mc ne zaty blh tulihhhh macam nih yerk..jiwaaaa sangat.... suka quote bawah tuh..
"penat jiwaa lebih teruk dari penat badan.... mati jiwa lebik siksa dar mati jasad..."
wakakakaka
Catat Ulasan