Khamis, 24 Februari 2011

fisio lagi laa

.nicenotynel.


seperti yang dikhabarkan, aku tak kena operate lagi tapi aku masih perlu ke hospital untuk fisioterapi di hospital tunku fauziah kangar. masih perlu sebab kaki aku tak kuat lagi.

untuk pertama kali aku berjumpa doktor fisio baru. Beliau pun pening baca memo medical report aku. terlampau panjang. disenangkan cerita, aku explain dari A-Z. walaupun dari jauh beliau rasa kaki aku tiada masalah tapi masih ada masalah. lutut longgar. grade 1.  tapi tak apa masih boleh jalan macam biasa. tujuan ke gim fisioterapi adalah untuk kuatkan kaki yang dah lama tak aktif. cuba bayangkan kaki kanan boleh luruskan kaki kurang daripada 90 darjah dengan bebanan seberat 5kg tapi kaki kiri 4 kg pun dah menggigil. (-.-)"


kalau kat KL, selalu abah yang hantar pergi fisio. abah yang tunggu kat luar gim. lepas gim, lepak dengan abah kat warong. Tapi bila dapat tahu kena sambung fisio kat Perlis, ALAMAK otak dah mula pikir panjang. fghjkl.


tanya kat abah, 'macam mana nak pergi ni. naik teksi mahal. suruh unit kesihatan uitm hantar, kena balik sendiri gak. kena pergi naik motor sendiri la ni.' abah cakap, 'ala pergi je sendiri. feel free.'  well, i did it. and im enjoy doing it. seriously. thanks abah. your love calm fears.


ehm. aku still pergi class ye. no ponteng. datang lambat tu ada la. sebab tak sempat nak tukar seluar track bottom-ambik buku kt rumah sewa, shoot pergi class. tak pasal pasal encik jep panggil aku budak sportrec dlm kelas. ngeng!

next week pun kena pergi fisio gak. tak sabar nak naik motor sorang sorang lagi. hah!

2 ulasan:

mizzbutterfly berkata...

kena berdikari la anak abah ni....hehehe
feel free...bebeh...

izzati neL berkata...

haha sy rela jd ank bdikari.
wani! u pun ptt enjoy doing different things alone. best!