Setahun. Sekejap. Macam baru satu malam berganjak. Tak tahu apa yang mahu dikenang, apa yang diabai. Lali semuanya.
Setahun sudah pegang ijazah. Tapi masih di tempat kerja yang sama, posisi yang sama, sumber pendapatan yg serupa. Bezanya? Bila kerja lebih sikit, dapat sikit. Kerja lebih banyak, dapat pengetahuan banyak. Masih dengan bos yang sama, high expectation, ego ke langit. Mula mual bila berdepan dengan masalah yang sama. 'you should come to me, but you didnt' - entah apa apa ! Ya, mungkin aku yg degil, independent lebih. Haha
Bergerak lebih berdikari, bukan lebih makan kari.
Bilik sewa bertukar tukar. Sampai tak tahu mana tempat sendiri yg lebih sendiri. Asyik ada masalah rumah. Roommate serabut, bil makin naik, housemate kurang ajar. Lemas! Perlu cari bilik lebih kondusif dan produktif. Ada tempat melangok, ada tempat bersila utk makan, ada tempat tidur lena tanpa peluh. Gitu sekali angannya. Tak apa, benda boleh dicari, boleh kasi adjust.
Lagi dua minggu, tambah lagi satu angka pada umur. Tak minta banyak, hanya ucapan dari keluarga. Cukup itu saja dari keluarga. Bukan 'maaf, tak ada duit nak celebrate' seperti tahun lepas. Sumpah rasa loser. Kalau tak tiada sepotong ayat dari whatsapp mahu pun wechat, tak tahu nak dibilang apa lagi. Kecewa, mungkin.
Puasa bakal tiba. Ingin pegang rekod lagi. Puasa, tak ponteng satu pun. Harap berjaya lagi. Bertahan dari tahun ke tahun. Senang hati, tiada ganti. Tenang hati, tidak kurang amalan. Harap tak hilang lagi berat mendadak. Tak sececah tahun lepas, 43.5 kg. Tak cengkung pipi nampak tulang. Tak ada nenek bilang makin kecik cucu dia.
Harap tahun ni raya lagi meriah. Belikan baju sorang satu. Ganti lapik kerusi meja warna warni. Ganti balang kuih baru. Ganti sejadah baru. Biar semua merasa raya serba baru.
Xoxo
Selamat malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan