Khamis, 19 Jun 2014

Loser

Orang INI memang loser.
Beli kasut baru pun berkira kira.
Beli jam pun macam tak mampu gila.
Beli handphone lagi lah mampu macam papa kedana.

Orang ini memang loser.
Tak mampu dah nak beli untuk diri sendiri.
Tak daya nak simpan sesen beli barang keperluan sendiri.

Orang ini memang loser.
Lemau tengok orang lain membeli sakan.
Duduk sipi sipi je bila orang lain show off itu ini.
Tenung saja bila orang lain pakai apa saja.

Orang ini memang loser.
Tak ada lagi istilah treasure diri sendiri.
Tak ada lagi istilah self reward bila hati senang.
Tak ada lagi istilah materialiti pada badan.

Orang ini memang loser.
Tiada tanda mewah pada tangan.
Tiada tanda nama terkenal pada lengan.
Tiada tanda senang pada kaki.

Orang ini memang loser.

Tiada ulasan: