Akan ada masa kita semua punya masa susah, masa terlampau mengharap dan percaya, masa bergantung pada orang yang salah, masa diri tak daya berubah.
Masa itu kita akan rasa roda sedang berputar.
Berputar ker bawah. Sedangkan rasa diri tak mahu terima keadaan seadanya. Kerana apa?
Takbur.
Kononnya kita akan sentiasa senang
Sampai malas nak usaha.
Fikir dulu2 pernah senang dan sangka kita pasti senang
Tapi semua kosong effort.
Ignorance.
Kita rasa akan ada orang sampaikan pada kita
Apa yang kita mahu, perlu, tahu
Tapi sayang tak pernah fully utilize apa sumber yg ada
Jangan nak bermimpi tilam yang empuk kalau malas bekerja keras.
Jangan bertafsirkan mimpi yang hidup ini akan berubah kalau habit tak berubah.
Sayang seribu kali sayang
Kalau kau langsung tak ambik kesah ttg diri kau
Lagi sayang kalau kau tak ambik kesah makan minum darah daging kau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan