Khamis, 12 Julai 2012

carutan 1


akhir akhir ni aku hilang minat menulis. penulisan aku macam sampah. bila baca balik penulisan sekarang, aku rasakan seolah olah tak ada makna apa apa. sampah aku bilang. inikan aku sendiri yang baca apakan lagi orang yang datang singgah membaca. ish. aku lagi sayangkan penulisan yang dulu. yang bayang peristiwa aku kongsikan, yang banyak kjadian aku simpankan dalam blog ni. sayang. setengah tahun ini aku tak kongsi mahupun simpan seperti tahun yang sudah.


dimensi remajaku berubah. mungkin itu sebab utama aku jarang menulis. dengan rutin yang tak sama macam dulu. apakan lagi betapa rigidnya rutin harian kini. kosong. kosong. kosong santapan jiwa si penulis. akses berblog tak sefleksibel mana lagi payah untuk aku duduk diam diam mengadap laptop berkelelak keletop jari di keyboard. bila adanya waktu, letih lebih besar dari rajin.


dunia makin moden, tekno makin canggih tapi bukan gajet aku. belum masa nak bertukar. masih pakai apa yang ada. bila orang tanya, aku garu kepala. kadang kadang tersentap tapi dalam hati je cakap, 'lantak lah, giler'. orang tak tahu betapa sentimentalnya satu satu benda itu lagi lagi dari orang yang kau sayang, biar kita kita aja yang tahu.


.nicenotynel.

Tiada ulasan: