Selasa, 6 Disember 2011

tekanan

manusia ini rasa kabut bila diri tak lengkap persiapannya.
manusia ini rasa serabut bila diri tak sempat berhenti dan asyik terusan bekerja
manusia ini rasa haru bila sini dikejar, sana dipanggil

tekanan jadinya

kalau dibilang takut, tak mungkin
ada lagi lebih hebat pernah dilalui
kalau dibilang benci, tak mungkin
ada lagi lebih hebatnya kurang gemar

bila tekanan demi tekanan ditekan
sampaikan tertembus dinding pemisah
antara serius dan kelaka
mahu tergelak tak terhenti henti
imaginasi kelaka bercelaru tiba tiba

adakah aku terbabas dari paras normal tekanan?

.nicenotynel.

Tiada ulasan: