kenangan tu macam sepasang manusia dengan empat tangan pegang karung besar. setiap kali ada kenangan baru, kita masukkan cenderamata dalam karung. satu tempat, satu cenderamata. satu kejadian, satu cenderamata di simpan. satu kenangan, satu cenderamata. sedar tak sedar, karung yang kita pegang makin banyak. makin berat nilainya.
tapi bila sepasanng tinggal seorang dengan karung yang penuh, berat nak bawa sendiri. nak dikendung, berat. nak disimpan, berat lagi. mahu, tak mahu yang seorang ni jugak la terpaksa bawak sendiri karung.
tapi yang seorang ni dah tal larat dah. dia bawak jugak, pergi tempat yang sama. dia pulangkan cenderamata tu kat tempat asal yang dorang pernah kutip. pulangkan balik cenderamata tu bila wujud kejadian yang seakan akan. akhirnya dia dah tak bawak karung yang berat. paling kurang pun dia simpan sikit. simpan dalam inbox handphone je. itu pun cukup.
asal ada. kenangan.
.nicenotynel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan