Bila dewi dewi bercanda tawa. Masing masing hembuskan buih kata.
Buih kata yang keluar kali ini berbeza dari yang sebelumnya. Berbaur kekurangan, ketidakwajudan, ketidaksampaian. Lain benar dari facet indah dewi dewi. Habis terbang deras ke langit kian kelam.
Setiap hembusan, hujan turun. dan aku dipertanyakan bagaimana.
Aku tidak tahu menahu mana mahu disambungkan buih kata. Aku hanya hembuskan.
Tentang hari sudah. Yang masih segar dalam ingatan. Tentang rasa senang ku melihat cahaya mata kenalanku yang baru dilahirkan. Tentang gembiranya bila terlihat seorang ibu selamat berperang nyawa demi nyawa baru. Tentang apa rasanya di tempat mereka. Hah kelaka rasanya.
Gelakku terbantut. Pabila mata dewi dewi terpandang sesuatu yang aneh. Iaitu aku.
Adakah aku tersalah kata?
.nicenotynel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan