Ahad, 26 Jun 2011

ro ro ur boat






bila duduk rumah dengan cik adik yang masih bersekolah ni, rutin pun lebih kurang je. adik bangun pagi, kakak pun bangun pagi tapi sambung tidur balik. bila adik tidur awal, kakak pun join sama satu tilam. bila adik dah nak balik dari sekolah kebangsaan, kakak pun kena stand by kat kantin sekolah. bila adik nak beli bahan bahan untuk pendidikan seni, kakak yang kena teman adik pergi beli kat tesco. adik punya pasal, kakak selalu ada.

sejak jadi babysitter yang tak seberapa bertauliah ni, baru lah tahu bertapa teriknya matahari kat kawasan rumah ni. asyik berulang alik naik motor. kereta berderet depan rumah, tapi too bad. satu pun bukan aku punya. jadi tak payah la nak sebok sebok dengan kereta orang. naik motor sendiri pun jadilah. mula mula takut jugak nak bawak adik, sebab adik nak naik motor pun tak pernah. baawak pelan pelan sebab risau adik takut. tapi terbalik rupanya. adik lagi suka. siap booking suruh ambik dia kat sekolah pada sekian sekian waktu. hoho.

seawal duduk rumah ni, aku tak alert dengan time table semua orang. bapak aku kadang kadang tak kerja sebab teman atok pergi med check up. kadang2 mak aku pulak temankan bapak aku. jadi responsibility kat aku. pinggan mangkuk kat rumah tu, baju dalam mesin basuh, makan tengah hari, & waktu adik balik sekolah. waktu paling kemuncak ialah tengah hari. jadi semuanya berlaku serentak. baru aku tahu bertapa mengahnya jadi mak aku selama ini.

sekarang cik adik lagi sorang dah balik rumah, so kerja rumah boleh dikongsi bersama. eceh. mengelat. dah aku rasa aku patut pergi cari kerja. sebab utama: duit motor tak bayar lagi kerana duit ptptn tak ada ye.



.nicenotynel.

Tiada ulasan: