Ahad, 22 Mei 2011

Jazz up!




bila orang mula bertanya, zati dah habis study? jawapannya BLOM.masih ada satu semester lagi untuk genggam scroll.  bersabar ekk. sedia maklum sekarang musim cuti semester paling panjang. untuk 3 bulan sebelumnya, perancangan tlah terlaksana. untuk 3 bulan akan datang, mulanya praktik. tapi untuk 3 bulan sekarang, masih tiada perancangan khusus.

no money, no job, no plan, yet.

masing masing tengah busy dengan hal masing masing.
ada yang tengah berjuang dengan final exam.
ada yang tunggu masa habis praktik.
 ada yang attend inverview sana sini.
wish u guys all the best.






sebenarnya aku dalam mood adaptasi. seriously aku terasa culture shock di tempat sendiri. tempat sendiri? hmm dah berapa lama tak balik?
kerap tapi beberapa hari saja.

langkah pertama aku cuba buat, kemas bilik. bilik yang bertuankan izzati tapi hilang kuasa veto. 3 tahun di tempat orang, punya bilik sewa sendiri, bilik sendiri ditinggal tinggalkan. OK kelaka. segala barang yang ditinggalkan berhabuk bagai 1000tahun tiada penghuni. segala ruang kosong dipenuhkan dengan barang milik orang lain. dan paling kelaka bila bilik ini diibaratkan bilik stor, bilik baju, bilik cermin. jadi permit keluar masuk bagaikan invisible, tiada boundaries. proses unpack barang dari 2 bilik menjadi 1 sangat lama. koleksi majalah kesayangan terpaksa dikitarsemula (kalau dibuang, tak dapat duit) segala hiasan lama terpaksa re-deco. kedudukan almari terpaksa rearranged. dua hari pun tak cukup beb.

the next thing, scooter EGO. problem pertama nak kenal road paling short cut and tak sesak. sebelum ni duduk arau jalan tak sesak mana. paling teruk jam pun dari simpang Kodiang-Kangar ke Shell atau belakang istana Perlis - hari jumaat je. bila petang nak bawak moto cara santai semata mata ke kedai manikam beli ais krim Moo adalah habit. sekarang duduk KL, jalan macam grrr. servis motor pun satu hal, belum kenal lagi kat mana paling kamcing untuk dapatkan servis yang better. member majoriti bawak kereta dah sekarang, mana pandang kedai motor. tak apa, pelan pelan.

di sana, simple shirt dengan jeans lusuh tak menjadi hal. janji duit, handphone, cards dalam poket seluar. kunci dalam genggaman. asal boleh gerak. semalam hangout dengan blurr dengan aizat. Blurr menjadi BLURR gara gara tiada handbag. dan telah menjadi isu sebab aku tak ada wallet. hanya wang kertas dalam kocek seluar semata mata. cop! memang wajib ke bawak handbag? tell me bout it, guys. 



 but I do believe this:


.nicenotynel.

2 ulasan:

mizzbutterfly berkata...

mcm mcm hal...kembalikan kuasa veto untuk bilik kau..budak kechik...heheheh

izzati neL berkata...

yeah tu dia