'apa yang ada untuk aku sekarang?'
persoalan yang tak pernah lari dalam kepala aku
kalau bukan kerana tanggung jawab
tak daya aku nak pijak bumi arau
tapi ada baiknya. kau tahu kenapa?
lebih baik rasa jauh di tempat jauh daripada rasa jauh tapi tempat dekat.
aku baru sampai dari Kl. aku balik sekejap. macam aku bgtahu minggu lepas. kejap je.
aku balik sana tak sampai 24jam. hanya semata mata nak buat MRI scan.
jadual booking terlalu penuh. aku terpaksa tunggu dari tahun lepas. kira ini bonus untuk aku bila nurse tolong selitkan nama aku dalam bulan januari. kalau tidak entah bila agaknya. tak gamaknya tarikh yang ditetapkan adalah hari kerja. aku terpaksa rush dari malam isnin, tiba KL sentral subuh selasa. dari tempah tiket selasa malam juga. aku sayang nak tinggalkan kelas. itu saja yang ada untuk aku di arau.suasana kelas baru.
pagi selasa, enaknya nasi lemak bersama milo panas sambil tonton NSCI bersama orang tua aku. banyak pula celoteh aku, sedangkan aku tengah gabra ke hospital. aku tak suka sebenarnya. jalan jalan dengan mak di pasar seni. saja cari mood tenang walaupun sudah berapa kali ke sana. kali ini tiada pemusik jalanan tapi masa bersama mak amat berkualiti bagi aku. aku perlukannya, sebab mak aku antar orang penting dalam hidup aku.
MRI scan. sebuah mesin yang besar. putih. bising. umpama mesin rupa donat dan aku disedut ke dalam. jarak aku dengan dinding mesin tak sampai selengan. berpinar mata bila melihat dinding putih. walau aku cuma baring dan kaku selama 30 minit. telingaku diletak headphone. jadi aku tak kesunyian dalam mesin mri tu. cuma bunyik mesin tu agak bising mengganggu konsentrasi aku untuk tenang. keputusan MRI scan akan diberitahu 3minggu lagi. bersabar menunggu.
berkajar malam ke KL sentral dengan monorail. jalan raya agak sesak sejak 4 petang. tak guna nak patah balik rumah. aku bawa diri dengan beg skola. pulang pun begitu.
terima kasih mak bertemankan sepanjang hari dari pasar seni ke hospital serta ke kl sentral. siapa lagi lebih hebat dari mak walau usia mak makin lanjut tapi hati masih lagak muda.
terima kasih abah, ambil alih tugas mak untuk hantar dan ambil adik -adik dari sekolah walaupun terpaksa cuti seharian.
terima kasih paen, mira, and darlings for helpsss. aku tahu aku boleh jadi gelabah tak keruan bila nak jumpa doktor dan korang tolong gelakkan. ok aku tak kesah. aku suka orang gelak. nanti aku pun gelak jugak.
.nicenotynel.
2 ulasan:
budak kechik!!! aku tak tahu...smpi biler kesudahan ko nk rase bender nih..yg aku tahu..ko da letih kan...
keep update yerk..nk tahu...perkembangan.... semoga selamat selalu..
sabar. sabar. sabar. aku sabar. kau sabar. sma2 sabar.
insyaallah aku update.
Catat Ulasan