mati jiwa
kosong
sekosong kosong langit membiru
apa yang ada
tenang
itu pun bila didongak
langkah kau
hanya lari
segalanya
biar lari dari pertanyaan
tak pernah tanya
tak pernah selesaikan
sampai bila
berdepan?
mustahil
jasad pun tak nampak
apakan lagi bayang di kaki
apa yang kau putuskan
kau lupa
ada yang terlibat sama
iaitu aku
kesal
beban yang kau bagi
tak pernah nak diringankan
senyum yang kau suruh
sikit pun tak lekat pada bibir
kerana tawar yang kau bagi
memang
janji kau tak pernah bagi
tapi maaf
sesenang kau tawarkan
terletak di atas bahu pesalah
lemah
masih tak mampu pujuk hati sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan