sememangnya tak semeriah hari ibu tapi aku bangga jadi anak abah, first title sepanjang hidup aku.
tahun ini famili aku tak samput hari bapak sebab bapak aku ada tanggungjawab sebagai anak di kampung. Atuk dan nenek aku tak berapa sihat. Tolong doakan untuk kesihatan mereka ye.
selamat hari bapak.
sebagai anak sulung aku tahu aku lebih terbuka berborak dengan bapak aku berbanding dengan adik-adik aku yang lain. bersembang sebagai kawan di warung sambil minum teh itu perkara biasa. tapi had sebagai anak itu sudah pasti.dulu aku tak pernah tahu rokok itu bahaya. yang aku tahu bapak aku perokok. dan jarinya asyik bertemankan puntung rokok. mak aku cakap bapak aku kuat isap rokok. adakala 2 kotak sehari. sekarang tidak lagi, faktor umur mungkin. iya dulu aku fikir rokok itu sinonim dengan lelaki dewasa. aku pernah bagi ashtray berlogokan Johny Depp, sebab aku tengok macam cantek saja ashtray itu masa karnival di Central Market. tahun berapa aku sudah lupa. aku pernah beri bekas rokok gara-gara aku kasihan tengok rokok bapak aku penyek disimpan dalam koceh seluar.semuanya sempena hari bapak.
kenapa aku rasa bapak aku best? aku pun tak pasti. mungkin dia ialah bapak. mungkin dia manjakan anak-anak dia. atau mungkin dia yang tanggung semua perbelanjaan keluarganya. tapi yang aku tahu aku sayang bapak aku.
pasal rokok tadi, aku rasa bapak aku makin tua dan dia patut berhenti merokok demi kesihatan dia. dan atuk aku pun pernah pesan pada aku supaya tegur bapak aku pasal rokok. jadi rokok itu patut dilupakan. apa yang istimewa dengan rokok aku tak pasti tapi yang aku tahu ia ketagih walaupun gaya perokok lebih cool dari orang bukan perokok. itu apa yang aku pandang lah.sebab aku dibesarkan dikalangan majoriti perokok. mungkin bagi orang lain ia ibarat membakar duit sendiri. pernah sekali aku bercerita pasal kawan aku pada bapak aku yang kawan aku ini tak merokok, tiba-tiba bapak aku bersuara, 'ingat orang tak isap rokok tu tak macho ke..' tersentap ke dalam jantung sekejap. hahaha.
aku tahu aku nakal. aku tahu aku keras kepala. aku tahu aku degil. tapi bapak aku tak pernah nak tinggi suara, tak pernah halang dengan siapa berkawan, tak pernah cubit. kalau bapak aku tegur pun dia akan cakap dengan ayat tersirat. misalnya, 'abah pun minum teh jugak dengan mak tapi tak de lah minum teh hari-hari kat luar'. sebab aku tahu aku di didik baik. walau jauh ke mana anak anak dia pergi, bapak aku tahu anak- anak dia pasti akan pulang ke pangkuannya. terima kasih bapak sebab percayakan anak mu ini.
zaman sekolah aku. nakal tetap nakal.pasti tak akan lari dengan masalah di sekolah. datang lewat, ponteng sekolah, bawak barang haram ( handphone, haram lah konon), pakai kasut sport,etc. ada sekali aku berani-mati-bagitau yang aku panjat pagar semata-mata nak balik awal. ketika itu aku tegar gila nak kena sembur dengan mak bapak aku tapi jawapan yang aku terima berlainan rupanya. mak aku cakap apa? 'Anak abah, nak buat macam mana' Pelik? tak perlu. iya memang tak manis untuk perempuan, tapi macam mana acuan macam itu kuihnya. tapi bapak aku tak pernah ajar panjat pagar ye. cuma genetik saja.
aku rasa aku dah terbanyak cerita pasal bapak aku. dan pasal aku jugak.
biarkan ia di sini. selamat hari bapak kepada bapak di luar, kepada bakal jadi bapak dan kepada bapak aku.
buah hati abah,
zati
3 ulasan:
sweetz.. beshkan dpt parentz mcm nih..yg kire blh kamceng la.. aabh kite garang tau...heheh so..jgn luka kan hati abah zaty..
mizzbutterfly:
thanks dear
yup ktorg rapat.mg xkn sunyi la.
abah kite pun garang tp cara dy lain.
xpe yg pnting sama2 jaga hati bapak kite ye
Selamat Menyambut hari Bapa...
Catat Ulasan