Ahad, 6 Jun 2010

21. muda lagi... (part 1)

"BAAM!!"

Usai menutup pintu kereta, kepala mencari ruang melegakan leher di sofa. letih sudah bermain air di sungai, playground aku kini. satu hari beriadah tapi masih tak puas.

mengadap ke luar, hijau. semua daun hijau tapi tak akan semua sewarna. nikmat mata memandang. senyum sendiri.

awal pagi tadi, ya dan min sengaja masuk le bilik sorok-sorok. saja bilik itu digelapkan. konon aku tak sedar mereka masuk. saja aku biarkan. sedang mereka menahan gelak, cepat-cepat mereka tarik selimut sambil nyanyi 'Happy Birthday to you' aku tahu trick itu. gelak. kiri kanan mereka baring bersebelahan aku. manja.
keluar aku dari bilik, fatin berkata, hey birthday kau special. sama dengan agung. senyum aku melihat pancaragam di tv.  

mendongak aku ke langit pada cermin kereta. cantiknya langit. ada burung layang-layang terbang. segak melebarkan sayapnya. awan pun macam kapas. ada dua ekor lagi sedang terbang. senyum sajalah. apa mahu buat.

penat bermain di sungai masih ada. min, sudah terlelap di bahu. kesian dia. dari semalam mak dan adik sebuk menyediakan makanan dan alatan barbeque. hasilnya puas berkelah ala ala camping. seronok. ada khemah lagi.

tiba-tiba terlihat kenderaan Murano oren di sebelah. Ah! terhenti lamunan. geram dengan kenderaan itu. ada azam mahu memiliki kenderaan itu suatu hari nanti. berkenan punya pasal. ketawa. tapi hati tetap dengan mini cooper.

cantik melihat keindahan alam. di pinggir bukit Ampang Saujana. permandangan KL dari atas bukit. KLCC dan Menara KL gah kelihatan. langit pun makin menjingga. maghrib bakal menyinggah tak lama lagi.

nampak layang layang tinggi di awan. macam macam warna. ayu saja mengalun di udara. yang pasti tuan milik layang layang itu yang berasa seronok. mengalunkan layangnya ke atas. layang layang masih terikat dek benang.


haha tersengih aku bila teringat kejadian pagi tadi. sudah separuh perjalanan ke sungai, baru teringat sesuatu tertinggal. 'ALA, Macam mana boleh lupa!' Kek dalam peti sejuk lupa di bawa. Mak awal-awal lagi sudah pesan letakkan siap-siap di atas meja supaya senang nak bawa masuk dalam kereta. Alamatnya tiada kek di sungai la petang ni. gelak besar. tak apa simpan untuk malam pula.

alunan lagu di handphone berderet menjerit. banyak message masuk. ketawa. network di sungai tadi sememangnya tidak cantik. sekarang menjerit jerit handphone ni. nanti malam lah aku balas. monolog diri.

kenderaan abah berhenti. sudah tiba di halaman rumah. selesai sudah aktiviti hari ini. IZZATI, kau dah masuk 21 tahun. moga kau lebih matang.live well, die free.


* nanti aku upload picture birthday aku. tunggu tau

8 ulasan:

mizzbutterfly berkata...

comel memanjang la ko nih...sweets 21 k..btw...bukit ampang itu ade sejarah la...huhuhuh...

Dream Writer berkata...

tga tggu r ni.

izzati neL berkata...

mizz butterfly,
haha tq beb!
sejarah?
pe yg ade?
share r sikit

izzati neL berkata...

.penulis impian.
all right
tgu

Alia Lokman berkata...

happy birthday my dear! ;)
may you have greater days ahead~
muahxXXx~ love yah!
+hugs+

izzati neL berkata...

alia-nL
thanks deary
muahxxx love ya too~
xoxo

Ain berkata...

wawa. 21 da.
hepi² kelahiran babe :)

izzati neL berkata...

ain,
thanks ain comel!