Khamis, 17 Disember 2009

monitor PC? bukan...




bila hati tak sedap, semua perkara dalam kepala nampak serabut, semua yang bergerak nampak tak sehala macam highway MRR2.
bila hati marah, semua rasa tak kena, nak protes je bila bercakap, nak sekeh je bila orang lain buat salah sikit. sikt je pun, tak kan nak emo. tapi tu lah, rebel tak habis habis.
bila hati tak suka, semua benda pun jadi tak suka. kalau benda tu macam tisu tak pa jugak(eh ada sleng utara huhu). boleh letak hingus lepas tu buang je dalam tong sampah. hina gila.
bila hati amuk, macam macam nak membebel dalam hati, monolog macam cakap dengan organ dalam badan pula. tapi tu lah, tak akan ada orang paham sebab air muka je yang dapat dikesan bila orang lain tengok.

macam mana nak monitor hati sendiri ni?




2 ulasan:

akubudakcool berkata...

dok try monitor hati sndiri gak ni..tp bila tekan ENTER slalunya hati ni NOT RESPONDING..=)

izzati neL berkata...

agak2nya kena msuk CD motivasi fazhila kamsah laa.. baru up!