Khamis, 15 Oktober 2009

azam





hari hari hidup dengan azam
bila hati nekad
semuanya kita redah
senang susah payah perit
sudah tak dihiraukan lagi

azam
bagaikan pemangkin
tingkatkan semangat untuk berusaha
bersaing untuk setanding dengan yang lain
menjadi lebih baik dari yang terbaik

azam
bagai dendam kesumat
berpegang teguh pada janji diri
tak akan mahu kalah
dengan pencabar
bagai si pendekar dengan kerisnya
bagai si pendebat dengan hujahnya
tak akan meletakkan dirinya di belakang

berazam dari pagi
dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam
hari esok lebih baik dari hari ini



Tiada ulasan: